Soalan Lazim (FAQ)

Caranya Sangat MUDAH!!! Semudah ABC:
  • A – Masukkan butiran kenderaan dan butiran peribadi, dan hantar kepada kami (Maklumat peribadi anda akan dilindungi).
  • B – Tunggu sebut harga melalui email dan whatsapp. Buat perbandingan harga dan bayar.
  • C – Buat perbandingan harga dan bayar.
Kalau anda perlu sebarang bantuan, layari www.mydfz.com.my atau hubungi hotline kami pada bila-bila masa, kami akan membantu anda.

MyDFZ akan mengesahkan maklumat dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau kami akan menghubungi anda.

  • Kurnia Insurance
  • AIG
  • Liberty Mutual
  • Allianz
  • Etiqa Takaful
  • Etiqa General Insurance
  • AXA
  • RHB Insurance
  • Tune Insurance
  • Zurich
Jangan risau, MyDFZ akan ingatkan anda 15 hari sebelum tamat tempoh

Semua rakyat Malaysia yang mempunyai kenderaan berdaftar dengan JPJ.

MyDFZ diciptakan oleh anak muda Malaysia untuk memudahkan urusan rakyat Malaysia. Kami suka mengatakan MyDFZ adalah Daripada Malaysia kepada Malaysia.

Dengan MyDFZ, urusan memperbaharui insurans dan cukai jalan akan lebih JIMAT, MUDAH DAN CEPAT.

Sangat selamat, kami melindungi maklumat peribadi anda dan MyDFZ adalah syarikat yang sangat diyakini.

MyDFZ tawarkan kepada semua kenderaan peribadi dan syarikat yang berdaftar dengan JPJ.

Setiap pembayaran yang berjaya akan dikeluarkan resit pembayaran. Jika berlaku kesilapan, pegawai kami sedia membantu di talian (017-4574001)

Semasa proses pembaharuan insurans dan cukai jalan dilakukan, operator MyDFZ akan memaklumkan jika ada masalah berkaitan saman dengan pihak JPJ atau PDRM melalui pemeriksaan perkhidmatan dalam talian Jabatan Pengangkutan Jalan dan rekod kesalahan di pengkalan data PDRM. Untuk meneruskan pembaharuan cukai jalan, anda perlu membuat bayaran kesalahan trafik yang terkumpul.

MyDFZ menyokong cara pembayaran seperti berikut:

  • Credit/Debit Card
  • FPX Online Banking
  • 7 Eleven
MyDFZ akan menghantar dihadapan pintu anda dengan anggaran masa yang berikut: Seluruh Utara Malaysia- anda boleh diambil dimana-mana kiosk DFZ Agency Sdn Bhd dalam tempoh 1 hari, ianya tidak dicaj.

Atau

Utara Malaysia- RM7.90 (1 hari bekerja)
Semenanjung Malaysia- RM8.90 (2-3 hari bekerja)
Sabah dan Serawak- RM10 (5-7 hari bekerja) *Mengikut kadar perkhidmatan penghantaran dokumentasi.
Ya!!! kerana MyDFZ adalah Platform digital mesra pengguna. Dengan web www.mydfz.com.my, anda boleh lakukan urusan memperbaharui insuran dan cukai jalan bagi pihak yang lain dengan syarat ianya dilakukan dengan berperingkat.

Setiap transaksi pembayaran akan dicetak pada resit selepas pembaharuan insurans dan cukai jalan dilakukan, atau anda boleh melihat urus niaga anda yang terdahulu melalui pautan urus niaga dihalaman cukai jalan anda.

Caj yang terlibat adalah berkaitan pembaharuan insurans, cukai jalan dan perkhidmatan penghantaran

Terdapat beberapa kemungkinan jika perbayaran anda ditolak. Bergantung kepada permasalahan yang berlaku, antaranya:

1 – Kad Kredit
Status kad kredit anda yang memerlukan anda berurusan dengan pihak bank untuk membuat pelepasan pembayaran.

2 – Gangguan Sistem Berperingkat
Jika melibatkan transaksi dalam talian, ianya bergantung kepada kebenaran untuk membuat pembayaran, jika berlaku gangguan rangkaian, atau kesilapan teknikal dalam mengisi maklumat pembayaran, sila cuba sekali lagi jika ianya gagal. Atau boleh menghubungi kami untuk bantuan.

Bayaran balik dinilaikan berdasarkan kes dan kesilapan dari pihak MyDFZ. Dan bayaran balik akan diberikan jika anda membuat pembatalan tranksaksi dalam tempoh 24 jam. Pembelian yang  dibatalkan melalui debit/kad kredit akan dibayar balik dalam tunai (dalam tempoh 7-14 hari bekerja selepas permulaan pembatalan dibuat). Manakala pembelian yang dibuat dalam kaedah pembayaran lain akan dipulangkan dalam kredit MyDFZ. MyDFZ berhak untuk TIDAK meneruskan pembayaran jika anda telah melanggar terma dan syarat kami semasa permintaan kutipan. Jika anda telah menerima nota perlindungan insurans anda, anda perlu meminta bayaran balik kepada syarikat insurans masing-masing.

Ya, setiap transaksi yang berjaya akan dikeluarkan resit e-perkhidmatan untuk rujukan. Sila simpan resit untuk sebarang rujukan.

Anda boleh menghubungi nombor berikut untuk bantuan dari isnin hingga sabtu antara pukul 9.00pagi hingga 9.00malam. perkhidmatan pelanggan (017-4574001)

Ya, perkhidmatan berasaskan dalam talian ini beroperasi 24 jam.

Hubungi MyDFZ dan kami akan memaklumkan kepada anda mengikut cara yang betul.

Tuntutan akan didasarkan kepada nilai pasaran kenderaan terkini. Oleh itu, MyDFZ mengesyorkan bahawa kereta anda diinsurankan berdasarkan nilai pasaran.

Tuntutan kehilangan penggunaan hanya digunakan untuk tuntutan pihak ketiga. Kebanyakkan syarikat insurans tidak mengamalkan kereta gantian tetapi mengikut budi bicara mereka mungkin memberi wang tunai atas tuntutan tertentu, Knock for knock merujuk kepada tuntutan kerana kecuaian pemilik kenderaan yang diinsuranskan: tidak akan ada kereta gantian.